Tuesday, April 21, 2015

Hati dan Naluri Seorang Guru

Assalamualaikum.. Terima kasih ya Allah atas ujian yang Engkau berikan kepadaku.. Aku hamba yang lemah dan aku reda.. Ya Allah, berikan kesabaran ke atas diriku. Pelajar-pelajar aku tidak suka cara aku mengajar & aku turut kesian kerana mereka tidak mampu untuk memahami cara pengajaranku. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku menarik minat murid-muridku ketika mengajar? Mohon kepada guru-guru yang berpengalaman menyuarakan beberapa pendapat & beri beberapa idea yang terbaharu.. terima kasih..   

Saturday, January 24, 2015


Sajak Hari Pertama Persekolahanku 


Di hari pertama persekolahanku..                                       
Perlahan-perlahan langkah diatur
Menuju ke suatu destinasi
Bangunan-bangunan berdiri megah
Segalanya berwajah baru

Di hari pertama persekolahanku..
Ku lihat..
Kawan-kawan riang gembira
Berbicara tanpa henti
Membuang sepi dan hening

Segalanya bermula di sini
Di hari pertama persekolahanku

Hasil nukilan
 Fatini Mohd





Friday, January 23, 2015

Ceramah Maulidur Rasul (Buat Pahala Free Gaya Rasulullah)

Assalamualaikum para pengguna sekalian, sesuai dengan tajuk di atas, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat semalam. Okay. Nak tahu tak? kalau kita niat nak buat sesuatu perkara yang baik, Allah bagi satu pahala manakala kalau kita dah buat sesuatu yang baik maka Allah bagi 1-700 kali ganda kepada kita. Jadi? Apa tunggu lagi? Jom sama-sama lakukan kebaikan. Kebaikan ni bukan perlu dicari tetapi perlu dilakukan. Mencari ilmu pun merupakan sesuatu kebaikan. Berkenaan dengan tajuk di atas sebagai seorang umat Nabi Muhammad S.A.W, kita kenalah menerima dan menyampaikan ilmu kepada semua orang. Sebagai umat Nabi, kita kena tahu 5S.

S yang pertama > Sirah Nabi

Nabi dilahirkan sebagai seorang Da'i. Nabi ialah wahyu daripada Allah untuk memimpin umat manusia ke jalan yang Allah redhai. Baginda tidak berdakwah secara paksa tetapi baginda berdakwah dengan lemah lembut agar umat manusia senang dengan baginda. Baginda juga membina kekuatan umat baginda dengan :
 1. Membina kekuatan akidah
 2. Membina kekuatan ibadat
 3. Membina kekuatan akhlak 
 4. Membina kekuatan ekonomi agar Islam lebih kukuh
 5. Membina kekuatan ilmu agar tidak mudah ditipu oleh orang kafir
 6. Membina kekuatan persaudaraan agar tidak terjadinya pertelingkahan antara orang Islam
 7. Membina kekuatan jihad agar terus berjihad ke jalan Allah

S yang kedua > Sunnah Nabi

"Sesiapa yang mencintai sunnah aku, maka dia mengasihi aku, sesiapa yang mengasihi aku, maka dia akan memasuki syurga"

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa melakukan sunnah Rasulullah s.a.w agar kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

S yang ketiga > Selawat Nabi

"Kamu minta doa, menadah tangan tetapi jika tidak teriisi dengan selawat maka doa itu akan terhijab"
Ingat ni, mengikut kata-kata Tuan Haji Abd Razak Mat Saat, dalam masa 7 minit, kita dapat berselawat ke atas Nabi sebanyak 200 kali, cuba kira dalam masa sehari,seminggu atau sebulan? Pada hari Jumaat, sesiapa yang berselawat sebanyak 200 kali maka Allah akan ampunkan dosa selama 200 tahun.

S yang keempat > Syafaat Nabi

Sentiasa berselawat dan mengamalkan sunnah baginda.

S yang kelima > Seruan ke jalan Allah


Yakin dengan qada' dan qadar Allah. Solat 5 kali sehari semalam. Sentiasa membaca al-Quran. Sesekali cubalah memahami suatu maksud ayat-ayat al-Quran.Tutup aurat dengan sempurna.
In Shaa Allah, Allah mudahkan urusan kita di akhirat kelak. Amin. Sekian sahaja. Wallahua'lam. 

Thursday, December 4, 2014

2 Ibnu Sina 2015

Alhamdulillah. Biiznillah, pahit, Manis, suka, duka, tawa, gembira, kelat dan sebagainya telah kami hadapi di tahun 2014. Alhamdulillah dapat naik kelas. Kawan-kawan yang naik kelas tu mestilah happy kan? Yang kekal tu mesti rasa tercabar sikit-sikit. N yang turun tu la tahzan Allah sentiasa ad . :) Chill, usaha lagi.
*Ekceli nak haplod gamba list 2IS 2015 tapi maybe xde rezeki huhu

Monday, December 1, 2014

Got One!

Welcome to my world ! Jemput tengok apa yang ada kat dalam ni :)